Projekita adalah singkatan Projek Kita. Ia adalah satu projek kepimpinan remaja yang dinaungi syarikat motivasi Fetya Resources. Pelaksanaannya sudah bermula sejak tahun 2009 dan bergiat aktif di sekitar Bangi, Serdang, Putrajaya dan Kajang.

Objektif kami jelas, kami mahu melahirkan remaja-remaja yang mampu membina sakhsiah diri untuk memimpin rakan sebaya kepada kebaikan. Konsep kami adalah membina generasi remaja yang berilmu, bertaqwa dan berakhlaq.

Perlu juga diperhatikan bahawasanya perubahan memerlukan proses pembentukan yang berterusan. Justeru itu program kami berlanjutan sehingga remaja-remaja ini menjejaki ke gerbang IPT.

Motto “dipimpin untuk memimpin” sangat bersesuaian dengan halatuju projek ini. Mudah-mudahan projek ini bakal melahirkan pemuda serta pemimpin yang akan mewarnai umat ini dengan warna-warni Islam. InsyaAllah.

Advertisements